Pelan Rumah & Panduan 3D PERCUMA — untuk kawasan Selangor & Kuala Lumpur
← Kembali ke laman utama

Soalan Lazim

Soalan lazim tentang bina rumah.

Segala yang anda perlu tahu sebelum mula — kos, tempoh, pembiayaan, kelulusan dan jaminan. Ada soalan lain? WhatsApp kami bila-bila masa.

Berapa kos untuk bina rumah atas tanah sendiri dengan RumahHQ?

Pakej kami bermula RM180 sekaki persegi (Asas), RM230 (Standard) dan RM300 (Premium), lengkap sehingga serah kunci. Gunakan Kalkulator Kos kami untuk anggaran segera dan percuma.

Berapa lama masa untuk siapkan sebuah rumah?

Biasanya sekitar 10 hingga 13 bulan dari pelan ke serah kunci, termasuk kelulusan PBT (3–4 bulan) dan pembinaan (5–6 bulan). Lihat Roadmap penuh 12 langkah kami.

Adakah pelan rumah dan visual 3D betul-betul percuma?

Ya. Kami sediakan lukisan pelan dan panduan 3D secara PERCUMA sebelum anda membuat sebarang keputusan.

Kawasan mana RumahHQ beroperasi?

Kami beroperasi di seluruh Selangor dan Kuala Lumpur.

Saya penjawat awam — bolehkah saya guna LPPSA?

Boleh. Melalui Skim Zero Deposit LPPSA, anda boleh bina rumah tanpa modal pendahuluan. Semak kelayakan anda dengan Kalkulator Kelayakan kami.

Apakah pilihan pembiayaan yang tersedia?

LPPSA untuk penjawat awam, pengeluaran KWSP Akaun 2, pembiayaan bank (konvensional atau Islamik), atau bayaran tunai secara berperingkat.

Adakah RumahHQ menguruskan kelulusan PBT?

Ya, kami uruskan submission dan kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) sepenuhnya bagi pihak anda.

Adakah jaminan diberikan selepas rumah siap?

Ya, kami beri jaminan struktur selama 12 bulan selepas serah kunci.

Bolehkah saya ubah suai design sedia ada?

Boleh. Kami ada lebih 200 design untuk dipilih dan boleh sesuaikan atau reka khas mengikut kehendak anda.

Bagaimana untuk mula?

Hubungi kami di WhatsApp untuk konsultasi, pelan dan sebut harga secara percuma.

Masih ada soalan?

Pasukan kami sedia membantu. Hubungi kami untuk konsultasi & sebut harga percuma.